SERVIS KAMI : LATIHAN & ACARA . AKADEMIK . VIDEO PROUDKSI . PENERBITAN

KURSUS TADABBUR AL-QURAN

(TAFSIR)

OBJEKTIF

1. Mentadabbur dan mengkaji secara mendalam Surah al-Fatihah, al-Muddatthir, al-Jin dan sepuluh

ayat dari surah al-Kahfi.

2. Memahami isi kandung surah-surah tersebut dan diaplikasi dalam kehidupan seharian.

 

KEISTIMEWAAN

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar berupaya ;

1. Memahami tafsiran ayat-ayat al-Quran daripada Surah al-Fatihah, al-Muddatthir, al-Jin dan sepuluh ayat dari Surah al-Kahfi dengan baik.

2. Memahami isi kandungan Surah al-Muddatthir yang mengupas perjuangan dakwah Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam dan penentangan dari kaum Musyrikin serta menjelaskan balasan untuk para penentang dakwah.

3. Memahami isi kandungan Surah al-Jin yang membicarakan tentang respon kalangan Jin terhadap dakwah Nabi Muhammad sallallaahu ‘alaihi wasallam.

 

JADUAL MASA

12 Minggu (36 Jam) ; Sabtu (2 ptg - 5 ptg)

 

PENGAMBILAN

Kemasukan: Feb, Jun, Okt

 

YURAN/MODUL

RM 636.00

 

TEMPOH/MODUL

3 Bulan

 

JUMLAH/MODUL

4 Modul

 

SILIBUS RINGKAS

Tadabbur Al-Quran merupakan satu kursus yang menekankan kefahaman pelajar terhadap isi kandungan tafsir Surah al-Fatihah, al-Muddatthir, al-Jinn dan sepuluh ayat dari surah al-Kahfi. Ayat-ayat al-Quran dari surah-surah tersebut dianalisis secara terperinci supaya ia dapat dihayati dengan sepenuhnya. Di antaranya ialah pemahaman tentang beratnya ujian dakwah Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam dalam membawa ajaran Islam ini dan respon terhadap ajaran tersebut samada dari kalangan manusia mahupun dari kalangan jin.

 

JUMLAH MINIMUM PELAJAR

15 Orang

KUISCELL SDN. BHD. (933458-P)

BLOK PENTADBIRAN KUIS,

PERSIARAN 1, BANDAR SERI PUTRA,

43000 KAJANG,

SELANGOR DARUL EHSAN

Segala isi kandungan di dalam laman web ini adalah hak milik KUISCELL Sdn. Bhd.

Apa-apa jenis penggunaan yang lain termasuklah peniruan, pengubahsuaian, pengedaran dan penyiaran tanpa kebenaran KUISCELL adalah dilarang sama sekali.

© 2017 KUISCELL SDN BHD.  Hakcipta Terpelihara