...

MEDIA & PRODUKSI

Media & Produksi ditubuhkan pada Mei 2015 dan menjadi salah satu cabang perniagaan perkhidmatan di KUISCELL Sdn Bhd. Dengan nama lain sebagai KUISCELL Production, Media & Produksi giat dalam menghasilkan sebarang bentuk rakaman serta penyuntingan visual kepada potensi pelanggan.

Bahagian Media & Produksi telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan beberapa stesen televisyen tempatan antaranya seperti RTM, Media Prima serta stesen televisyen swasta seperti Astro dan juga turut bahagian ini terlibat dalam rakaman serta mempromosikan majlis dan aktiviti anjuran badan-badan korporat.

Bahagian Media & Produksi telah membantu stesen televisyen tempatan dalam menyalurkan kandungan program serta membekalkan perkhidmatan jurukamera bertauliah bagi menyokong setiap gerak kerja penerbitan sesebuah rancangan televisyen. Di atas bimbingan dan tunjuk ajar hasil daripada hubungan strategik bersama beberapa buah stesen televisyen, KUISCELL Production telah menimba pengalaman dan mendapat pendedahan secukupnya dalam menjayakan sesebuah rancangan TV.

Hubungi kami melalui

GALERI

LOGO PELANGGAN

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.