...

Mengenai Kami

KUISCELL adalah anak syarikat kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang beroperasi di dalam kampus KUIS di Bandar Seri Putra Bangi, bermula sebagai salah satu jabatan di KUIS yang menyediakan program sepanjang hayat. Ia bertujuan menampung permintaan program-program yang diminta oleh masyarakat awam yang mana ianya tidak dapat diuruskan oleh pihak fakulti KUIS seperti program motivasi pelajar, program mengaji, tajwid dan sebagainya.

Pada 1 Julai 2011, KUISCELL telah didaftarkan sebagai KUISCELL SDN BHD dan dimiliki sepenuhnya oleh KUIS sendiri sejak itu. Penubuhan syarikat ini adalah untuk mengembangkan potensi anggota KUIS secara khas dan secara amnya untuk menjadikan masyarakat awam sebagai masyarakat yang berpengetahuan. Tujuan syarikat ini juga adalah untuk menghasilkan mereka yang berkelayakan bagi mendorong perubahan dalam kehidupan masyarakat dengan pemahaman yang benar.

KUISCELL bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat melalui program dan kursus yang memberi nilai tambah pengetahuan dan kemahiran mereka. Oleh itu, potensi kualiti ini akan dapat menyumbang kepada pembangunan diri, masyarakat dan juga negara.

KUISCELL adalah entiti yang berada di bawah MAIS; syarikat korporat perniagaan yang dipacu oleh Prinsip Islam dan beroperasi melalui tiga aspek bahagian iaitu Akademik, Latihan, Media Produksi dan Pemasaran Digital yang membuka dan menerima pelbagai peluang perniagaan.

MOTO

“The Cell Of Wisdom”

“Benih Kebijaksanaan”

VISI

Menjadi sebuah pusat kecemerlangan pengajian sepanjang hayat berteraskan islam terunggul di Malaysia

MISI

  • KUISCELL adalah sebuah Entiti perniagaan.
  • KUISCELL menjadikan Pendidikan sepanjang hayat sebagai teras perkhidmatan.
  • KUISCELL sentiasa membangunkan kompentensi dalam menyediakan khidmat kepakaran.
  • KUISCELL merupakan sebuah entiti yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

Carta Organisasi

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.